nie artikel yg aku wat bberapa jam yg lepas utk asgmnt akak aku..nie kes ayt last2 minit tu yg jd camnie tapi xpela,,asl siap..
JOM2....!!!!!
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menunaikan tanggungjawab. Bukan sahaja tanggungjawab menjaga kebersihan, keamanan dan kesejahteraan rakyat tetapi tanggungjawab yang lebih besar iaitu menentukan masa depan negara. Tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab mengundi di dalam pilihan raya. Melalui pilihan raya, rakyat dapat memilih wakil mereka secara demokrasi dan menjamin sistem demokrasi negara dapat dijalankan dengan sempurna serta memberikan peluang kepada rakyat menentukan kerajaan yang akan memerintah negara. Tetapi tidak semua penduduk yang berdaftar sebagai rakyat Malaysia mampu menjalankan tanggungjawab ini selagi tidak menjangkau usia 21tahun dan yang paling penting rakyat tersebut wajib mendaftar sebagai pengundi yang sah. Antara syarat-syarat menjadi seorang pengundi adalah menetap di kawasan pilihan raya dan mendaftar nama dalam senarai daftar pengundi. Pengundi yang tinggal jauh dari kawasan pilihan rayanya dibenarkan mengundi melalui pos, contohnya tentera dan pelajar. Seseorang rakyat tidak akan layak mengundi apabila hilang akal atau sedang menjalani hukuman penjara.
Bagi sesetengah rakyat Malaysia, proses pendaftaran mengundi adalah rumit dan memerlukan masa yang panjang. Tetapi sangkaan mereka sebenarnya salah kerana terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendaftar sebagai pengundi contohnya melalui sistem pesanan ringkas, menerusi laman pesawang yang di sediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu www.spr.gov.my malah mereka juga boleh terus berurusan ke pejabat SPR.
Cara-cara mendaftar di pejabat SPR adalah seperti berikut:
· Datang sendiri ke pusat pendaftaran yang berhampiran.
· Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yg akan mengisi borang pendaftaran anda.
· Semak borang pendaftaran yang telah diisiakan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum tandatangan.
· Menurunkan tandatangan selepas anda berpuas hati.
· Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, rang daftar pemilih tambahan dan sebagainya.
Rakyat Malaysia perlu mengundi demi keselamatan negara dan menjamin kestabilan dalam sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia. Malah rakyat Malaysia mempunyai hak dalam menentukan tampuk pimpinan yang bakal meneraju negara dan menjadi payung rakyat yang adil dan saksama tanpa kompromi. Jika rakyat Malaysia tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi maka terdapat pelbagai kesan yang buruk terhadap negara Malaysia. Antaranya adalah wujud ketidak adilan dalam sistem pemerintahan di Malaysia. Malah akan munculnya sesetengah pihak yang cuba memporak-perandakan sistem pemerintahan yang telah sedia ada kerana wujudnya sikap tidak puas hati sedangkan mereka sendiri tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, akan wujud pimpinan yang tidak adil terhadap rakyat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna. Lantaran itu, tiap-tiap undi adalah penting. Kalau kita betul-betul kisah siapa yang akan jadi pemerintah dan masa depan negara, kita mesti mengundi.
undilah saya..hahahaha
No comments:
Post a Comment